Sunday, February 21, 2010

bacaan doa semasa wuduk

BACAAN ATAU DOA YANG BOLEH DIBACA SEMASA MENGAMBIL WUDUK
1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan ,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ana ada dengar pasal cara Tn.Guru Dato'Nik Abdul Aziz ambil wuduk
kita boleh amalkan cara pengambilan wuduk beliau
Beliau akan buka paip air hanya sedikit sahaja
dah selalu tutup paip air setiap kali nak basuh anggota lain
sebab tak nak bazirkan air yang keluar tanpa digunakan


Semoga sama-sama kita dapat mengamalkannya...InsyaAllah.

Saturday, February 20, 2010

Nestle ?

Milo Nescafe.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?




klik ini! Ini penting utk umat islam

Dulu pernah jugak baca kisah ni tapi aku sekadar baca tapi tak amal kan tapi kalau kita fikirkan balik memang tak sepatutnya kita membantu yahudi walaupun hanya membeli barangan mereka. Apabila ada kempen Save Gaza ke Save Palestin kita berapi-api memegang sepanduk menentang kezaliman israel dan hanya sekejap sahaja memboikot barangan mereka dan setelah beberapa ketika kita kembali membeli barangan mereka. Kita kita langsung tak melihat dari sudut lain terutamanya dari sudut yang remeh temeh ni seperti barangan keluaran yahudi yang kita guna seharian dari sekecil kecil sudut iaitu dari aspek makanan minuman pakaian dan sebagainya. Memang susah kalau nak boikot dan tinggal macam tu saja kan barangan Nestle terutamnya MILO yang menjadi kegemaran ramai rakyat malaysia yang diminum seharian yang kita tak pernah tinggal dari kecil lagi. aku pun payah kalau fikirkan balik tapi kita boleh cuba perlahan lahan untuk mengelakkanya dan kita boleh mencari alternatif lain seperti produk-produk keluaran muslim seperti coklat drink radix, kopi anggerik dan Ruzelle.

Kalau tidak orang Muslim yang bantu memajukan perniagaan orang Muslim, siapa lagi yang membantu mereka ?

senarai barangan boikot

Sekian sekadar perkongsian.

wassalam

adakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya

kita tak mengetahui cara kita mati adakah dalam keadaan baik atau tidak.

situasi 1

Pak mat tempe suka berjudi.Dalam pikiran dia bejudi judi judi je kerja.Poket baju seluar toksah cakap lah semua penuh dgn kertas nombor ramalan.Satu petang sedang pak mat berjalan, utk ke kedai sport toto,dia terdengar suara org sedang azan. Tetiba tersentak hati dia apabila terdengar azan tersebut dan tuhan bagi petunjuk utk dia berubah dan bertaubat. Dan pak mat tempe pun lintas lah jalan utk ke masjid utk solat asar berjemaah.Akan tetapi semasa melintas jalan ada sebuah kereta yang laju gila telah melanggar pak mat lalu meninggal. Lihat! pak mat mati dalam keadaan dia sudah bertaubat dan dalam perjalanan ke rumah Allah.

situasi 2

Pak abu tauge selalu ke masjid untuk berjemaah. Tak dinafikan attitude pak abu ni mmg disukai oleh penduduk sekitar dan ahli jemaah masjid kerana sikap baik hati dan peramah.Satu malam sesudah selesai solat isyak berjemaah,pak abu ingin pulan tapi apakan daya selipar nike baru di belinye dah hilang.Nak kaki ayam jalan tanah merah dan berbatu pulak.Jadi pak abu pun tanpa berfikir panjang lalu rembat lah selipar adidas milik siapakah entah yg masih ada di masjid tu.Dalam perjalanan pulang tiba2 ada sebuah bas yg laju telah melanggar pak abu yg ingin melintas ke seberang jalan utk pulang lalu mati tempat kejadian.Lihat! pak abu mati dalam keadaan die dalam keadaan pulang ke masjid tp baru sahaja merembat selipar milik org lain.

Jadi sentiasa lah berubah utk jadi lebih baik dan baik dan baik.Kita tak mengetahui cara kita mati adakah dalam keadaan baik atau tidak.


Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Sekian wassalam

fb

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook
Tanpa kita sedari walaupun percaya atau pun sekadar main main juga boleh merosakkan akidah



Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan tukang nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

sumber:
http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/

renungan

jika doa dimakbulkan tandanya tuhan menyayangi kita,

jika doa lambat dimakbulkan tandanya tuhan sedang menguji kita,

jika doa tak dimakbulkan tandanya tuhan merancang sesuatu yang lebih baik utk kita.

melintas semasa org bersolat

Pernahkah orang melintas di hadapan anda sewaktu sedang solat? Orang yang melintas di hadapan orang sedang bersolat barangkali menganggap orang sedang solat sama keadaannya dengan orang sedang menunggu bas. Walhal dalam adat dan budaya orang Melayu, seboleh-bolehnya tidak akan melintasi di hadapan orang dalam majlis. Kecuali terpaksa, itu pun dengan meminta izin serta membongkokkan badan tanda sangat menghormati orang yang dilalui itu.
Lalu apakah hukum seseorang melintas di hadapan orang sedang solat atau berjalan di hadapan saf jemaah solat? Keadaan ini kerap ditemui di Masjidil Haram, tetapi itu bukanlah satu contoh sunah, malah perbuatan orang jahil yang tercela! Di tanah air kita juga ada orang-orang jahil yang melakukan perkara yang sama. Perhatikan hadis-hadis di bawah untuk mengetahui hukum perbuatan berkenaan.

Daripada Busr bin Abu Said, menyebut Zaid bin Khalid menyuruhnya menemui Abu Juhaim untuk mengetahui hal daripada Rasulullah mengenai orang yang melintas di hadapan orang sedang solat. Abu Juhaim mengatakan yang Rasulullah bersabda: ‘Andaikata orang yang berjalan di hadapan orang sedang bersolat tahu betapa besar dosa perbuatan itu (melintas di hadapan orang solat), nescaya dia lebih suka berdiri saja selama 40 hari menanti selesainya orang yang solat itu. Hal ini dianggap lebih baik daripada melintas di hadapan orang bersolat.’
(Hadis riwayat Bukhari, nombor 474 bab orang berjalan di hadapan orang solat, jilid 1))

Bagaimana jika masih ada orang mahu melintas di hadapan orang solat? Anda boleh menghulur tangan sebagai tanda menegahnya daripada seseorang melintas atau menolaknya jika dia ingkar.

Dalam Sahih Bukhari agak panjang menceritakan Abu Said al-Khudri sedang solat terpaksa menahan orang yang mahu melintas di hadapannya. Kerananya berlaku perbalahan dengan lelaki yang cuba dihalangnya sehingga dibawa kepada Khalifah Marwan bin al Hakam. Kata Abu Said, “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Jikalau seseorang antara kamu bersolat yang telah ada sutrah (pemisah di hadapannya), lalu masih ada orang mahu melintas di hadapannya, maka orang yang yang bersolat itu menolaknya (cara menghalangnya). Jikalau orang berkenaan masih mahu melintasinya, maka pukullah kerana itu sebenarnya syaitan’.
(Hadis riwayat Bukhari, nombor 473 bab orang solat menolak orang yang mahu melintasinya, jilid 1.)

sejenak



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!